Wednesday, October 21, 2009

Jika suatu hari nanti..............................

Anakku,

Jika suatu hari nanti, kamu bertindak membelakangi ibu dan abah....

We want you to remember,

Bukan senang mahu besarkan kamu wahai anakku. Kamu harus tahu, ketika ibu mengandungkan kamu, ketika abah mencari rezeki membantu ibu membesarkan kamu dia dlm kandungan ibu, terlalu banyak halangan dan dugaan terpaksa kami lalui.

Ibu mahu kamu ingat....

Semua kesusahan dan kepayahan ibu mengejar trem dan bas dyson bernombor 513 ke Heidelberg pada hari2 yang abah tidak dapat menghantar ibu ke makmal. ketika itu ibu mengandungkan kamu, menggalas beg lap top dan nota2 journal ibu, berlari2 dalam cuaca yg sejuk..kamu harus ingat itu ya.

Ibu juga mahu kamu ingat, 5 bulan pertama ibu mengandungkan kamu, hospital adalah rumah kedua ibu. Segala makanan ibu kamu tolak keluar (aka muntah). tidak kira dimana saja.. ditepi jalan, di dalam toilet, ketika meeting, di paha abah...ikut suka hati kamu saja. tp ibu tidak marah..kerana semua itu adalah untuk membesarkan kamu.

Abah mahu kamu ingat....
Segala kepayahan abah, mengejar waktu pagi petang siang dan malam kerna mahu mencari wang saku lebih. kamu harus ingat, abah dan ibu bukan insan bekerjaya ketika ibu mengandungkan kamu. cuma mengharap wang saku bulanan sumbangan rakyat malaysia yg tidak seberapa. tanpa jasa dan keringat abah bekerja dimalam hari, mengorbankan masa belajarnya untuk ibu melahirkan kamu. kamu tidak wujud didunia ini wahai anakku.

abah juga mahu kamu ingat.....
betapa cuaknya abah ketika kereta abah hangit hangus hampir terbakar di belakang crown casino (hahahahha) ketika keluar bekerja dimalam hari. semuanya kerna mahu mencari beberapa dollar extra untuk membiayai mahalnya ultrasound kamu. betapa stressnya abah ketika itu. hampir menangis ibu ketika abah pulang kerumah, dibelikannya sepasang baju tidur caler pink (sedondon dgn ibu) dan sepasang gown yg tengah sale kat kmart untuk kamu, walaupon keretanya rosak teruk, anak dan ibu masih dihati. chehcheh:D

Abah mahu kamu ingat....
Ketika org lain sibuk membaca buku untuk peperiksaan, abah sibuk bekerja malam mahu cari sesuap nasi untuk kamu. Abah sibuk mengurut belakang dan kaki ibu yg sakit kerana mengandungkan kamu. Abah sibuk menolong ibu memasak didapur kerana mahu bagi kamu makan. abah sibuk memikirkan apa lagi keperluan kamu yang perlu dibeli sebelum hari kelahiran. Abah prihatin dgn keperluan kamu..jadi ibu mahu kamu mengingati abah dan ibu pabila kamu dewasa kelak.

Kami tidak meminta semua ini dibalas oleh kamu..kerna kami tahu kamu tidak akan mampu. cukuplah apabila kamu besar, kamu menjadi anak yang soleh. ank yang mendoakan kesejahteraan abah dan ibu. anak yang menjaga maruah abah dan ibu. anak yg berbakti kepada agama dan masyarakat. Cukup sekadar kamu menjadi anak yang baik pada abah dan ibu. kerna abah adalah anak yg baik kepada ibu bapaya. ibu apatah lagi (tak bleh blah hahahhahaha)

oklah tak larat nak berjiwang karat. Post ini tidak akan didelete sampai tua. moga suatu hari nanti anakku dapat membaca dan menghayati betapa besar pengorbanan ibu dan abah.

anak2 diluar sana, berbaktilah kepada ibu bapa anda sementara mereka masih ada. anda akan tahu betapa besarnya pengorbanan mereka apabila anda memulakan hidup bekeluarga...


sekian...semekom

No comments:

Post a Comment